10 JENIS ORANG ISLAM YANG KEJAM…
Sufyan Atsauri berkata: “Sepuluh macam
daripada kekejaman ialah:
1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri,
dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.
2. Seorang yang
pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.
3. Seorang yang masuk masjid lalu
keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.
4. Seorang yang berjalan melalui
kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
5.
Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak
sembahyang jemaah.
6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang
alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.
7. Dua orang
yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama
kawannya itu.
8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.
9.
Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar,
tetapi tidak diberi dari makanannya itu.
No comments:
Post a Comment