Wednesday 5 October 2011

Bermula sembahyang

Udah lama tak menconteng-conteng, banyak perkara yang tersimpan dah lupa letak kat mana. Walapun hanya paste n copy semata-mata.


Bermula sembahyang (solat) itu ada tiga bahagian :

1. Sembahyang orang-orang Mubtadi -
Yakni semata-mata ia untuk menutupkan fitnah dunia. Dan sekadar
mengetahui akan segala rukun-rukun dan waktu serta berpakaian
bersih dan mengetahui wajib dan sunat semata-mata ia untuk
mendapat pahala. Maka amalan ini syirik semata-mata.

2. Sembahyang orang Mutawasit -
Menyempurnakan perintah Allah semata-mata hatinya berhadapkan
Allah. Tiada ia mengira dosa dan pahala. Semata-mata ia berserah
kepada Allah. Maka di atas amalan ini adalah lebih baik daripada
yang pertama itu, tidaklah ia terkena syirik.

3. Sembahyang orang Mumtahi -
Tiada ia sembahyang dengan sebenar-benarnya melainkan Allah,
kerana ditilik pada dirinya adalah golongan dhoif, fakir, hina dan
lemah.

No comments: